Tuesday, May 7, 2013

Lelaki Eksklusif - Wan Awliya Rayqal


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum




NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”

“Serius?”

“Ngee, melampau bos ni.”

“Nora, saya serius ni.”

“Ya ke?”

Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.

Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.

Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.

Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

Lelaki Eksklusif was a lovely, sweet and cheesy romance. The plot was interesting, although it predictable, but I truly enjoyed it! This book keeps you on your toes. 

Nora - gadis lincah yang nampak ganas tapi lembut dan manja.
Mukriz - jejaka yang penuh dengan kasih sayang. I adored him. 
Wan Ariff - manja, suka mendesak, suka menguasai, berdendam, merajuk dan kekurangan kasih sayang seorang ayah.

Pulang Mukriz dari luar negara, atuknya menempatkan Mukriz ditempat penghantaran. Di sana dia berkenalan dengan Nora yang agak tomboy tapi suka berjenaka dengan lawak sengalnya. 
Nora senang hati bila bersama dengan bosnya, Mukriz. Tidak disangka dalam hati sudah terbit rasa suka.

Ariff tidak suka melihat Mukriz bahagia. Sudahlah rampas segala²nya dari Mukriz, Nora juga Ariff nak kaut. 
Sudahnya, Mukriz dan Nora berkahwin apabila Mukriz menyelamatkan Nora dari berkahwin dengan lelaki tua demi membayar hutang ayah Nora. 
Hubungan mereka dirahsiakan sebab Ariff. Ariff sakit hati bila Nora mendekati Mukriz. Ada sahaja pelawaan Ariff terhadap Nora ditolak mentah². 

Bila Ariff dapat tahu Mukriz dan Nora bersedudukan, dia mengamuk. Mukriz menegaskan Nora itu isterinya yang sah. Ariff pula tidak mahu bertunang dengan Sharina. Sharina hanyalah alasan untuk menyakitkan hati Mukriz. Terperanjat semua orang.

"Orang kata apa yang kita buat, itulah yang kita dapat balik"

Padan muka Ariff, maknya Puan Marina dan neneknya, Hajah Zakiah. Semua salah hanya diletakkan ke bahu Mukriz. Terimalah buku dengan ruas.Nora bersemuka dengan Ariff dan meminta untuk tidak mengacau kehidupannya dengan Mukriz.


" Dialah orang pertama yang memberi peluang kepada saya bagaimana rasanya hidup disayangi. Dialah orang yang saya ada ketika saya menangis. Dialah orang yang saya ada waktu saya sakit. Dan dialah satu²nya orang yang saya ada. Saya tak boleh tinggalkan dia. Saya tak boleh lepaskan dia pergi hanya kerana saya takut hidup susah. Tiada yang paling susah dalam hidup saya kecuali satu perkara, susah nak cari orang yang menyayangi saya"


16 comments:

  1. aaa nora danish.. hana suka dia.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius hana suka dia!hehehe...okey lah tu...

      Delete
  2. Semalam masa mula nampak tajuk ni, kat fb, ingatkan lelaki eksklusif tu, bakal suami zie, hahahha. Tapi pelik aih, napa ada nama pompuan, wan awliya.

    Cehhh, tajuk novel rupanya.. :D

    ReplyDelete
  3. salam azie
    Terima kasih atas lawatan azie.ke tempat tirana aduka.

    ReplyDelete
  4. laa.. tgk kt fb smlm ingtkan dah lelaki itu bakal suami..
    rupa2nya tajuk novel.. hihihi
    mmg surprise ni..

    ReplyDelete
  5. mmm...mcm best ajer? kena cari ni

    ReplyDelete
  6. kena beli ni..tapi bacanya entah bila..hehehe

    ReplyDelete
  7. mcm best, tp nape ltk gmbr nora danish tu? abih ar, xleh byng muka len dah pahni,,haha

    ReplyDelete
  8. Wah macam menarik je, lelaki Eksklusif ni! Nanti nak try cari, akak try la novel yang tajuknya, Calon isteri jutawan.. :)

    ReplyDelete
  9. as salamualaikum....azie yg omey..:)

    untung nyer siapa yg jadi lelaki eksklusif kpd seseorg wanita kan...org perempuan klu dah syg memang betul2 syg...:)

    ReplyDelete
  10. wahhhhhhh....mcm best jugak ne...mesti bace neeeeee

    ReplyDelete
  11. wah pengen ngerasa jadi manusia yang selalu di sayngi dan saling menjaga. Saye bise daftar ke mana buat wanita ekslusif neh?

    nice story Azie Namico

    ReplyDelete
  12. rajinnya atie menaip kisah cinta ni.. :)

    ReplyDelete
  13. wahh, dapat tgk nora danish kt sini ^___^

    ReplyDelete