Thursday, October 30, 2014

Tentang Kita - Unit Kecemasan #part3

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum



Usai solat maghrib aku bersantai-santai di luar balkoni menghirup udara sejuk malam. Dingin ! Batuk-batuk kecil aku mula kedengaran.Mata mula berair.
Aku mula menyandarkan diri di buaian gantung.Selesa!tapi batuk kecil ini semakin kuat.Peluh memercik di dahi dan leher.
Tangan mulai basah dengan peluh , aku kedinginan.
Terasa satu cairan mengalir laju di bahagian hidung.Aku mengesat menggunakan belakang kekura tangan.Darah ! haa...darah ! Ya Allah !apakah ini , adakah sakit lama aku datang kembali , tak mungkin ! dah 2 tahun aku ulang alik ke hospital.Dan keputusan nya adalah negatif.Kini adakah sakit yang aku tahan selama ini , kembali menghantui.Astagfirullahaladzim...
Sebak ! Semakin lama ia nya semakin banyak , 
hidung yang berdarah itu aku kesat menggunakan tisu.
Meja dipenuhi dengan tisu yang mengandungi darah.Doctor pernah berpesan
kalau hidung berdarah perlu lah mendonggak muka ke atas supaya ia nya cepat berhenti kemudian tekapkan dengan kain.Tapi situasi aku sekarang berbeza , semakin aku mendonggak dan bertahan keatas,
semakin itu lah sakit kepala aku berdenyut hebat.Ya Allah ! sakitnya...aku mula menahan sakit.Dalam kepala terfikir sama ada terus gerak ke hospital atau baring saja di rumah.Aku mula fikirkan yang satu itu.

Kunci kereta aku capai , dengan pantas aku bergerak ke parking kereta.Kereta aku pandu laju menuju ke Hospital Columbia Asia.

Di Unit kecemasan.Aku terkulai layu menunggu kedatangan doctor.
Doctor yang selalu merawat aku kini bergegas mendapatkan aku.
Doctor Raja Delaila

Aku:Doctor , macam mana?! masih sama ker macam dulu?
Doctor:Yee , masih sama tapi kali ni macam teruk sikit.Awak ada tersalah makan ke Azirah.Bila saya check blood awak , ianya kurang dari darah orang normal.Awak punya tinggal 5 saja , sedang kan yang normal sepatutnya kene ada 11 atau 12.Ini bukan separuh dah nie , ini betul - betul memerlukan darah dalam badan awak.Dan lagi satu , hati dan limpa awak sangat lemah Azirah.Ada kemungkinan sakit lain ni.
Aku:Sakit lain , macam mana tu doctor?! terangkan lah..saya kurang paham.
Doctor:Awak perlu menjalani pembedahan kecil dan rawatan lajut untuk mengetahui apa penyakit sebenar yang awak hadapi Azirah.
So ones kita dapat tahu puncanya yang sebenar boleh lah awak buat rawatan harian yang lain.Jadi awak perlu puasa mulai malam ni.
Awak kene tahan wad ya ,nanti bagi tau family awak macam mana.Sekarang awak berehat di sini.
Aku:Puasa , sedangkan saya kekurangan darah sekarang.Bolehkah macam tu doctor.Saya dah pening-pening ni.

Belum sempat doctor bersuara , aku dah termuntah di tempat pembaringan dalam bilik rawatan.Aku semakin lemah dan terus rebah.Kini dunia aku gelap gelita.Tenat!

#keepreading

10 comments:

  1. Assalamualaikum...azie.

    Sedihnya part3 ni. tak tahu nak komen apa.

    ayie ingat lagi entri azie masuk wad beberapa tahun lalu skrg sekali lagi kena respon entri azie masuk wad..Allahumma ya Allah berikanlah azie kekuatan untuk menghadapi semua ini dan Engkau sembuhkanlah azie dari sakitnya...

    maaf lain x terkeluar apa nak kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ayie , thanks respon entry ini , yg baik datangnya dari Allah , yg buruk itu datang dari diri saya sendiri , dan terima kasih juga utk doa itu , hargai sangat...

      Delete
  2. bila keadaan seperti ini berlaku , apa yg blh kita lakukan hanyalah ingat Allah sebanyak mungkin melalui pelbagai cara ... semoga diberi kesembuhan dan allah permudahkan semuanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mendoakan , harap semua nya dalam keadaan baik saja , seharusnya memang sentiasa ingat Allah ,walau apa cara sekali pun...ermm...he3

      Delete
  3. azieeee...what happen? bila azie sakit ni? Semoga azie diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. Take care k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat saja puteri , alhamdulillah....alrite...thanks

      Delete
  4. kritikal ke sakit ni? ada treatment tak? moga-moga azie sentiasa sihat dan jauh penyakit yang merbahaya. amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin , ada tapi macam2 prosidure kene lalui...setakat nie okey..

      Delete
  5. Haritu dekat 2 bulan buat praktikal dekat unit kecemasan, stressful la, satu sebab kerja banyak satu lagi sebab kene tengok orang sakit kan. Kesian.

    Ada sorang tu umur tak masuk 30 tahun lagi tapi dah ada penyakit jantung, buah pinggang, kekurangan darah, sesak nafas, tak boleh berjalan - tabah betul dia lalui kehidupan seharian. Rasa am yang sihat ni macam tak bersyukur pulak dengan nikmat kesihatan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat praktikal sebagai apa nie , saya tengok pembantu2 di hospital dan doc tenang jer , dalam hati mereka sapa kan tau , sebab nak selamatkan nyawa manusia , mmg stress rasanya.Nak2 lagi ada pesakit mcm saya , lagi lah doc stress , asyik sakit saja..bila nak baik..he3

      mcm saya jer tu , x masuk 30 dah mcm2 sakit...nak x nak saya kene redha..ini mungkin bahagian saya , kalau yg sihat tu , alhamdulillah syukur , jaga diri elok2...jgn stress2...ahaks

      Delete