Tuesday, June 26, 2012

Jangan tinggalkan sunnah




بسم الله الرحمن الرحيم


Maka hendaknya kita sentiasa menjaga dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. setiap hari terutamanya sunnah-sunnah yang disebut di bawah ini.



1 : Dirikan solat sunat tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ [QS Al-Isra': Ayat 79]


2 : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


3 : Bacalah Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


4 : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


5 : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


6 : Sentiasalah dalam keadaan berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Berkata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."


7 : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita, akan dijauhkan oleh Allah.




Teman, tingkatkan amal kalian sebelum kembali kepada~Nya
salam.

8 comments:

  1. Replies
    1. Most welcome...and you too azee hana...(*¯︶¯*)

      Delete
  2. bagus betul laa entry azie nih....

    hati ayie bagai dpt sesuatu 'cahaya'...sungguh bermanfaat....

    terima kasih azie...weeehuuuuu ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..hati mcm dpt sesuatu kan...ha mcm tu lah azie rasa...tenang sgt2..

      sama2 ayie...↖(^▽^)↗

      Delete
  3. nice entry ! baguih . thanks kerana menyampaikan !

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ermm...ya sharing is caring..cewah !

      Delete