Wednesday, October 17, 2012

Nikmati Hari-Hari Dengan Ceria Dan Gembira.


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Dalam sehari , pelbagai agenda yang bermain di fikiran.Emosi dan tenaga perlu dipertahankan agar aktiviti yang dilakukan pada hari ini dan seterusnya berjalan dengan lancar dan sempurna.Masa 24 jam ini haruslah ditempuhi dengan sebaiknya untuk memastikan saya dan anda lebih ceria dan gembira.

BANGUN DI AWAL PAGI-mulakan rutin pagi dengan bangun tidur yang menyenangkan .Contohnya tersenyum atau mendengar lagu-lagu kegemaran.

BERIKAN SENYUMAN-apabila anda berasa sedih senyumanlah menjadi perkara yang paling sukar utk dilakukan,TETAPI percayalah dengan sedikit barisan senyuman di bibir mampu mengembalikan mood ceria.

MAKANAN RINGAN (KUDAPAN)-selepas bersarapan atau tidak pastikan kita mengambil sedikit makanan ringan seperti buah-buahan , biskut atau roti.Ini utk memberi tenaga tambahan sepanjang hari.

ALUNAN MUZIK DI PEJABAT ATAU DI RUMAH-dengar lah muzik atau lagu seketika , untuk menstabilkan darah dan emosi.STRESS pun hilang.

MEDITASI DIRI-tidak perlu alatan yang khusus cukup lah hanya menonton tv rancangan kegemaran atau mandi, anda pasti akan berasa segar dan seronok.

MILIKI HAIWAN PELIHARAAN-membelai haiwan peliharaan secara tidak langsung menimbulkan reaksi kimia di otak.Inilah reaksi kebahagiaan dan melawan hormon STRES.

MATIKAN TELEFON ATAU LAPTOP-di zaman teknologi yang canggih dan moden ini,ia mampu membuatkan anda mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.Namun begitu, tidak bermakna anda harus berhubungan dengan dunia luar selama 24 jam.Berikan badan anda berehat tanpa sebarang gangguan.Tidurlah dengan nyenyak dan matikan telefon dan laptop anda.

peace !yow !

22 comments:

  1. Salam.

    Point terakhir tu masih gagal dilaksana,heh3.

    Hurmm..kita suka makan coklat zie..untuk naikkan mood. Sambil makan cekelat, tgk plak citer yg ade pelakon kacak, cantik..mmg ceria memanjang n semacam la lana hari tu,hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. point terakhir ! gagal heh...usaha tangga kejayaa...x lama pun 2 3 jam pun jadi lah...

      suke coklat heh ! eh ! sama lah...ha3..oooo..suke kacak and cantik ! x adil!

      Delete
  2. klau sy mood pagi amat penting.. klau itu ok, keje akan bermula dgn selesa utk sepanjang hari ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu nyer mood pagi lah yang kene ok dulu kan...baru yang lain2...klu pagi dah ok...petang mungkin mood terbaik kot! wohaaa !

      Delete
  3. jom ceriakan hari kita...smileeee ngeeee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2....smileeee! heh..mcm nak amek pic pulak heh...

      Delete
  4. salam azie namico,

    Tiada hari yg tak indah bg ta.semua ceria dan happy.walaupun ada yg pahit.

    Moga azie ceria dan senyum selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam TA,

      bagus2...semua hari indah heh...terbaik ! wohaa..

      itu harusss !

      Delete
  5. w'salam...azie...ahaks :)

    bangun pagi, senyuman dan mkn kudapan tu mmg selalu ayie buat x ada masalah...

    ayie memang suka mkn roti dgn disapu airkrim atasnya....ermm sedappp..hehe

    cuma tutup laptop tu payah sikit...sbb ayie klu buat entry kena mkn masa sikit... ~__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus2 bangun pagi ada kudap2..

      makan roti dengan aiskrim? x cair ker?mcm sedap!

      ala tutup laptop bukan nyer lama pun, kejap jer..tak kan 24 hours ON kot...x mungkin kan...wohaaa !

      Delete
    2. mkn sebelum dia cair laa azie....hehe

      aah..x laa sampai 24 jam ON...

      Delete
    3. Ooo....sejukkk heh !
      tau pun...wohaaa !

      Delete
  6. yang matikan telefon tu susah skit nak buat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik ! susah..senang jer off kan pastu ON kan balik...ke3...mudah kan?

      Delete
  7. betul tu, tenangkan fikiran..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm...bole jugak ! takut nanti ada org tak tenang pulak..wohaaa !

      Delete
  8. Mat Jo macam biasa la, pagi2 p kacau member yang sedang nyenyak tido lagi, ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Jo , aip ! kacau jer ker?simbah air sekali...sekejap jer bangun lah tu...wohaa !

      Delete
  9. wak kok X pandey jaga haiwan peliharan gituuu.. uuuhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ! sama lah kita...kita pun x der haiwan peliharaan...takut plus geli...wohaa !

      Delete