Thursday, December 13, 2012

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

   Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

   Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa..






22 comments:

  1. wahhhh...terkedu kejap bila baca entry ni...

    alangkah indahnya susunan kata2 itu...meliputi seluruh peringkat...seorg wanita...

    boleh juga dituju pd lelaki jugak kan...kata2 di atas...(◕‿◕✿)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...azie pun suka baca...mcm beri semangat mcm tu...

      aha meliputi seluruh peringat seorang wanita..

      bole jer kalau nak tuju ~ bole tuju lagu?hahaha

      Delete
  2. hahaha...sy dgn ini menuju..lagu..eh..kata2 di atas pd semua lelaki..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole lah pada semua lelaki...sibuk ja nak jugak !wink3

      Delete
  3. klu ada kata2 utk wanita...mesti laa ada kata2 utk lelaki jugak..kn..kan..? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm...mcm ada idea jer untuk lelaki...sat pikirkan dulu..wee:D

      Delete
  4. Alahmdulillah...berbunga hati bila membacanya...KY suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ! berbunga ya...confirm ada taman nie...hehehe..terima kasih sebab suke..:D

      Delete
  5. ^_^ cover semua peringkat ni...nice writing Azie...terkedu saya baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^-^ iya cover semua peringkat..terkedu eh ! oppps...terlebih sudah...nice reading too...hehehe

      Delete
  6. sgt setuju!
    like it, satu kata-kata yg indah buat si gadis.

    ReplyDelete
  7. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
    tinggalkan jejak..done follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...mungkin saya dah follow...hehehe..opss ! thanks sebab singgah sini..nice to meet you..

      Delete
  8. baca entry ni tiba2 tingat tajuk drama tv.. runtun qalbu, hukk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa...runtun qalbu??what...ada kene mengena ker nie...weeee !

      Delete
  9. salam azie
    Suka ta membcanya..nice
    Azie kita sering mencari kesempurnaan dln idup ni. Tapi kita sering lupa untk memperbaiki kekurangan dlm dri sendiri.
    Cermin itu penting bg setip insan membina dan mperbaiki keperibadian dlm diri ini..
    Aku-saya-Tirana aduka

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam TA,
      terima kasih sudi membaca...betul2 tapi kita lupa memperbaiki kekurangan diri...

      Delete
  10. Assalammualaikum azie.. :)

    Azie..lana suka part ANAK.

    "Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
    Pada hari kebangkitan bermula"

    Tak tahulah apa untung nasib mak n abah lana bila akhirat nanti.. ya la, tah pa2 la yg lana buat slama jadi anak pada mereka berdua ni,uhhuuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam lana :)
      ohh ! lana suka part anak ya..nice kan..ermm harap azie dan lana sama2 menjadi penyelamat ibu bapa di sana kelak..in shaa allah !

      Delete