Tuesday, February 12, 2013

Adaptasi Novel Teduhan Kasih by Marissa


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,




Drama atau filem adaptasi novel semakin dapat diterima dan mendapat sambutan dikalangan penonton dan penggemar novel.

Terkini, novel Teduhan Kasih juga akan dijadikan drama bersiri yang akan mengisi Slot Akasia di TV3.

Teduhan Kasih telah memulakan penggambarannya yang menampilkan Adi Putra sebagai teraju utama yang memegang watak Ehsan dan bergandingan bersama Sherry Ibrahim sebagai Iffa.



Sinopsis Teduhan Kasih berdasarkan Novel.

Iffa mendirikan rumahtangga bersama Ryzal, namun rumahtangganya dilanda badai. Kehadiran Ayu, yang juga merupakan sahabat baik Iffa telah menjadi punca Ryzal menceraikan Iffa yang sedang berbadan dua.Kehidupan Iffa dikusutkan lagi dengan karenah ibu tirinya. Iffa merupakan anak hasil perkahwinan kedua ayahnya.

Setelah diceraikan oleh Ryzal, Iffa telah tinggal di rumah ibu tirinya. Bermula la pelbagai kejadian dan cerita yang semakin membuatkan Iffa dalam tekanan. Ketika Iffa sedang menahan sakit ketika hendak bersalin telah mempertemukannya dengan Ehsan.

Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatang tinggi di sebuah syarikat. Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi wanita cantik dan kehidupan yang sangat bebas tetapi jiwanya kosong. Bermula dengan pertemuannya dengan Iffa telah merubah keseluruhan kehidupannya.

Bakal menemui penonton berkemungkinan dalam bulan April ini. Sama-sama kita nantikan tayangannya.

16 comments:

  1. wah memang best nie..hihi..nak join tengok ler...

    ReplyDelete
  2. menarik dan tertarik... tengah fikir agak2 Adi Putra jadi yang gentleman ker jadi yang jerks... ahaks...sebab ai minat Adi Putra...

    ReplyDelete
  3. Skrg, byk cerita yg diadaptasi drp novel. heheee

    ReplyDelete
  4. salam azie :)

    waaahh...hero singapore bertemu dgn heroen malaysia... :D

    ReplyDelete
  5. eeemmm..macam menarik je..kana tunggu juga nanti

    ReplyDelete
  6. wah best best..adaptasi dari novel membuatkan sesuatu drama tu lebih happening..kan :)

    ReplyDelete
  7. pelakon best..mesti cite pon best..=)

    ReplyDelete
  8. ho..bila cite ni.. skrg kan yang rindu bertamu di abu dhabi tu..

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Pantas azie ni..bulan april bakal tyang, skrg ni jugak dh buat sinopsis,hek3

    ReplyDelete
  10. eh, xtau plak pasal ni. kalau nak tengok mmg kena tengok dari mula

    ReplyDelete
  11. both heroin tak minat! tak nak tgk pun hahaha :p

    ReplyDelete
  12. pembaca novel yg setia azie ni ye?

    ReplyDelete
  13. citer cinta bersegi2 laa kn, erkk...

    ReplyDelete