Monday, March 3, 2014

Analisa Shopping - Kelompok lelaki dan perempuan....

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum


Lelaki ada kuasa macam superhero The Flash. Mampu pergi dua tiga tempat dalam satu masa. Macam mana benda ni boleh berlaku? Ya. Disebabkan mereka ada kuasa scan yang hebat, mereka tak perlu duduk satu shopping complex tu lama-lama kalau dah takda yang berminat. Mungkin dalam masa sejam dua, mereka mampu pergi ke dua tiga shopping complex berasingan. Perempuan? Masih bijak berbelanja. Mereka perlu fokus! Tu yang lama...baru satu kedai !!yang lelaki penat dah tunggu...he3

Kualiti atas jenama. Ya perempuan pilih kualiti. Dan mereka arif tentang itu. Tak kira walaupun tu brand cikai. Tapi kalau ada kualiti, sambar ajaa! Lelaki? Bagi lelaki, kualiti ada pada jenama. Jenama jual kualiti. Sebab tu juga lelaki tak masuk semua kedai. Dia masuk kedai yang dia rasa ada kualiti pada jenama. Padahal dua-dua made in China !!Loserrrr....

Perempuan tak ada teknik scan and touch. Itu satu teknik yang sangat unik ada pada para lelaki. Macam mana teknik tu? Lelaki tak perlu masuk atau singgah pada semuaaaaaa kedai yang ada dalam satu shopping complex tu. Lelaki ada satu macam pakai cermin mata ajaib pada mata mereka. Mereka hanya perlu berjalan dan scan semua baju yang ada. Dari luar kedai diorang dah boleh scan. Hanya jalan. Dan bila ada tertarik, mereka akan berhenti, masuk, pegang. Apa yang mereka pegang? Ya. Mereka pegang tag harga.



Perempuan ialah jenis bijak berbelanja. Berbeza dengan lelaki, mereka berkemungkinan akan masuk dalam kedai yang sama sepuluh kali untuk membuat perbandingan dengan kedai yang lain yang menjual barang yang hampir sama. Mereka selalunya akan pergi shopping dengan kawan-kawan atau ahli keluarga perempuan yang lain. Mereka akan tanya pendapat. Sampai pasti. Sehinggakan mereka sanggup telefon orang yang kononnya lebih arif tentang barang itu. Ya. Barang yang mereka beli lebih berbaloi. Lelaki? Nampak. Pergi kedai lebih kurang. Patah balik. Banding harga. Beli. Ya kebanyakan lelaki hanya tahu banding harga. Kebanyakan.

Selain daripada perempuan bijak berbelanja, kerana mereka perlu memastikan barang yang mereka beli tu betul-betul berbaloi, lelaki juga ada sifat bijak berbelanja tapi dari sudut yang lain. Sudut apa? Macam ni. Kebanyakan lelaki akan allocate berapa meraka akan belanja untuk haritu. Ambil contoh RM300. Macam mana pun mereka akan fit dengan RM300 tu kalau belanja. Kalau lebih pun mungkin sepuluh dua puluh ringgit. Perempuan? Masih memilih untuk beli barangan yang berkualiti dan berbaloi dan harga letak ditangga seterusnya.he3...sebab tu lelaki barang dia 1 2 jer , tetapi perempuan barang dia bole penuh satu almari...ahaks

Sebenarnya dari kesemua di atas , lelaki merupakan membeli yang paling cerewet , sebab apa?! sebab itu lah satu-satunya barang yang akan mereka pakai bertahun-tahun lamanya (setia beb) , tidak pulak bagi perempuan...pakai buang !!maksudnya...kalau boleh setiap hari nak beli , padahal barang yang mereka beli sama jer yang sebelum nie.Nampak tak !!bertapa tak setia nya perempuan...maaf !!

p/s:-baru-baru nie saya shopping 8 baju 8 tudung dan sepasang kasut....
sampai skrg tak basuh2 lagi...weeee

27 comments:

  1. hahaaa....setuju dengan entry azie ne..
    orang pompuan dah penuh almari dengan baju..siap tumpang kat almari somi lagiiii..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi ! siap tumpang almari somi...cik puan tidak adil !!!beli almari lagi satu...pastu penuhkan...he3

      Delete
  2. shopping biar berpada2 jangan sampai tahap membazir....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha3...x akan membazir , nie beli stock sampai bertahun2 nie...okey punya !siap yg lain bole pinjam lagi...kan berhati mulia nie...ahaks

      Delete
  3. hahaha..gelak je baca entri azie ni..tapi memang true, itulah trend bershopping lelaki dan wanita. Tapikan azie..puteri spend masa yang paling lama dalam kedai buku. Kalau sesiapa yang tak minat membaca teman puteri pergi bookshop memang akan give up..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi ! gelak pulak puteri nie ya...apa yang lawak nya puteri ku syg...ahaks memang lelaki dan perempuan banyak bezanya kan puteri..itu azie suke !dok lelama pilih mana yang berkenan..kalau sesiapa nak teman puteri kene tanya dulu lah kan ! kalau tak...temper lah nanti...hope tak !

      Delete
  4. betul lah. lelaki di sekeliling ee semua pikir jenama first. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan...ha3...itu lah lelaki so cerewet ! sebab mereka nak nampak macho dan hot...ahaks

      Delete
  5. assalamualaikum..azie s:)

    ayie rasa semua betul la entri azie nih...dasat la azie..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ayie s:)
      laaa....baru tau ker dasat ! come on laaa...ha3 poyo jer kan !tapi memang betul lah kan...klu kita tengok betul2 lelaki memang cerewet sikit...sikit jelah

      Delete
  6. YES.. agree 101% hehe. biasenye tgok dari jauh, cantik ke x, pegang material dan tgok harga. klau puas hati teros sambar. klau x, xpyah beli. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah !!!i sokong you...ahaks!!memang mcm tu kan perempuan...kalau perempuan dah berkenan...confirm tak cakap banyak...alih2 dekat kuanter pembayaran dah...he3

      Delete
  7. Mmg laa nfsu pmpuan ada 9 lelaki ada 1..Tu Sbb Klau Shoping Mmg mng dkt pmpuan...so Jgn La mmbzr...nnti x ada spe nk pkai bju yg kt dlm allmari tu.nnti mrjuk bju tu.sia dia...smkin hari smkin mmbsr.. Tkt x muat je nnti Bju2 tu..hehhehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menang pun! tapi bab memilih dan menilai rasanya lelaki yang paling cerewet !perempuan dia beli banyak2 utk stock , kene lah paham !!tak akan merajuk punya , ramai yang lain bole pakai , silap2 pinjam pun ada..semakin hari semakin membesar tu bukan kita agak nya , org sana tu kot !ha3

      Delete
    2. Mmg laa..llki memilih yg plng trbaik Dn setia kt baju tu...Lgi2 cinta hati dia yg belikn (is my love) ..mcna tu...Psl pembesaran Mmg sy mngku..m - L

      Delete
    3. Sebab memilih yg paling terbaik lah seseorang lelaki itu cerewet....sebab tu klu shopping kejap jer dah balik....ahaks !! Mcm mana lagi klu dah cinta hati belikan.....kalau pakai smart n macho tu.....weeee.....terima kasih mngku....

      Delete
  8. huhu..ok gk baca pasal shoping laki n puan ni..

    ReplyDelete
  9. bagi saya , perempuan ni detail . nak cek semuanya . lelaki simple jer . belek lbh kurang , x best , cari kat tpt lain sbb pemikiran lelaki ni simple jer . klu lelaki cerewet mengalahkan perempuan ... ermmm ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm....itu tidak di nafikan vee pasal perempuan ni detail...lelaki pulak dia memang simple tapi simple mereka tu bole cerewet jadinya..sebab apa sebab mereka nak yang terbaik utk diri mereka sendiri..simple but cerewet...perempuan detail n bijak...ahaks

      Delete
  10. awk shopping byk2 tapi last2 semua peram jaa dlm almari kn knn, haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh.....peram tapi pakai laaa....tapikan wpun byk dlm almari , masih lagi pening nak memilih utk pakai...hahaha

      Delete
  11. betul la.. saya pun lihat kualiti pada jenama...
    kaalu ada jenama, yakin sikit nak beli :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau dah lelaki memang mementingkan kualiti pada jenama , that why lelaki nie cerewet....ha3

      Delete
  12. Ya..orang pempuan cenggitu kan??bila kuar beli barang memang makan masa...baik saya jer pergi beli..tak sampai 5 minit dah siap..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi ! beli 5 minit jer...cepat dan pantas , bila apa jer...kicap ker?!hehehe...opsss perempuan memang mcm tu...janji happy...klu tak malam x leh tido...asyik teringat kedai yang dia singgah jer...ha3...bahaya!

      Delete