Sunday, September 28, 2014

5 Rules ‘Crush’ kamu Milik Orang!

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Girls, perasaan sayang dan cinta memang sukar untuk di jangka. Adakalanya ia timbul pada individu yang tidak sepatutnya seperti kekasih orang, tunang orang atau mungkin juga suami orang. Ya, memang merumitkan dan menyakitkan apabila kamu sedari seseorang yang kamu suka dan sayang itu sebenarnya milik orang lain.


Namun, jangan rasa tertekan! Itu tidak bermaksud kamu perlu putuskan persahabatan dengannya atau terus jadikan si dia sebagai ‘musuh’ kamu. Jom ikuti 5 rules ini agar kamu lebih matang dan bersabar dengan segalanya.


1 | HORMATI HUBUNGANNYA
Sungguhpun kamu berdua mempunyai perasaan yang sama terhadap satu sama lain, itu tidak bermaksud kamu berhak hancurkan hati pasangannya. Seorang gadis yang matang adalah gadis yang sentiasa menghormati perasaan orang di sekelilingnya. Jadi tak perlu gunakan taktik kotor untuk curi perhatian jejaka tersebut. Percayalah, jika kamu berdua memang di takdirkan bersama satu hari nanti si dia akan tetap jadi milik kamu. Jadi hormatilah hubungannya yang sudah dimiliki itu.

2 | JAGA BATAS PERGAULAN
Bila bersama, pastikan kamu sentiasa jaga batas pergaulan kamu. Jangan cuba mengambil kesempatan. Walaupun si dia relakan segalanya jangan jatuhkan maruah kamu sebagai seorang perempuan yang terlalu ‘pemurah’ dengan kasih sayang. Cuba bayangkan jika kamu berada di situasi pasangannya. Adakah kamu selesa dan akan gembira apabila pasangan kamu mempunyai hubungan yang ‘berlebihan’ dengan perempuan lain ?

3 | ELAKKAN BERCERITA TENTANG HATI
Cuba elakkan dari terus bercerita tentang hati dan perasaan kamu terhadap dirinya. Keadaan ini akan membuatkan kamu kelihatan agak terdesak untuk memburu cintanya. Jangan begitu, sebaiknya cuba jadi diri sendiri dan tenang melalui apa sahaja keadaan.



4 | SENTIASA BERSEDIA
Dalam keadaan seperti ini, macam-macam boleh terjadi. Secara tidak langsung hati kamu akan menjadi sangat rapuh dan mudah berkecai. Oleh itu, sentiasa ingatkan pada diri dan bersiap sedia untuk menerima kekalahan. Ini kerana kebahagian yang kamu idamkan itu kemungkinan tidak akan kekal selamanya seperti apa yang kamu impikan.

5 | BACK UP PLAN!

Berkawan juga dengan jejaka/gadis lain. Jangan harapkan si dia seorang. Cuba berkawan dengan orang lain juga sebagai ‘back up plan’. Sekurang-kurangnya apabila si dia meninggalkan kamu atau memulaukan kamu, tidaklah kamu rasa terlalu sunyi dan di bayangi oleh bayangannya. Betul tak ?

#majalahremaja

23 comments:

  1. assalamualaikum.. azie s:)

    singgah sini mata x boleh lelap sbb tadi dah terlelap..haha

    mula2 ayie respon pasal pic entri tu..cantik nya azie.. (y)

    ada rules ke. untung la klu org nak ikut rules mcm ni kn..tapi selalunya bila dah asyik sgt perasaan tu semua rules melayang mcm layang2 dibawa angin entah kemana kan..ahaks :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ayie s:)
      untung laa terlelap...asal x tido terus jer kan senang , semua nie tolak tepi..rehat tu yg penting..weee
      yess sgt cntik...and i like too much..
      mesti laa kene ada , klu x der main langgar jer..apakah yg akan terjadi , rasa nya semua org tau kot...hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe....x tau bole pakai ker tak advices nie... :)
      thanks singgah sini...

      Delete
  3. kalau dah sayang...advice ni memang sukar juga nak ikut..tapi kalau dah tau crush tu milik orang...better jauhkan diri dan cari crush baru je...kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm..that why klu dah sayang , apa pun bole ! tapi not good..klu bole saling menghormati batasan masing2 it should be okey...cari crush lain eh ! ha ha ha...mungkin !

      Delete
  4. salam dari cahayacinta.com

    cahayacinta susah nak kata apa mesti serah dna berdoa padanya selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cahaya....
      klu mcm tu , what life go on must be go on...follow the flow eh...

      Delete
  5. Yang penting sebagai perempuan jaga diri n kalau ada jodoh, tak ke mana, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ! betul tu , jaga diri sendiri but hormati hubungan orang lain...don't crush! klu bole jauh kan kita jauh kan..klu x bole yg cahaya cakap tu lah , klu ada jodoh x ke mana...redha jelah..he3

      Delete
  6. Mcm kena je ngan situasi hana skrg.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa dah kene dah situasi mcm tu eh! mcm mana hana handle...hope everything is fine...make sure you have a back up....ahaks

      Delete
  7. Replies
    1. mesti kene ada , klu tak frust nanti bergantung pada yang tu saja, x chill okey...and make sure you have a rules in relationship...

      Delete
  8. Replies
    1. saya pun suke...sediakan payung sebelum hujan...air tempayan jangan dicurahkan...hiks !supaya kita x kecewa sgt2....

      Delete
  9. menarik skali azie ;)
    untuk dapat yg terbaik haruslah mula lakukan yg terbaik dahulu kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup , that right...tapi kene hati2..yelahkan...hati dan perasaan niekan berbeza2...takut kecewa nanti...he3

      Delete
  10. really dont like this part, huh...

    ReplyDelete
  11. kekdg ada juga bile dah thu org tu milik org lagi dia nak kejar..

    ReplyDelete