Monday, February 25, 2013

Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 


Orang kata cintaku ini hanyalah kisah dongeng....
Tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih ada disisi....




Novel ketiga Umie Nadzimah sentiasa ditunggu oleh peminat novel diluar sana. Sesiapa yang mengikuti perkembangan penulisnya memang sudah tidak asing lagi dengan tajuk Kerana Terpaksa Aku relakan. Selepas kejayaan novel Pilihan Mama dan Usai.. Aku Terima Nikahnya kini hasilnya lebih baik. Novel setebal 772 muka surat keluaran Julai terbitan Karya seni memang best. Novel cinta, kasih sayang dan pengorbanan ini boleh menggamit pelbagai perasaan.

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus  merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju.

Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya . Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar.



Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula  datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin.

Tajul Zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid , Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

Puitis dari Abang Zen:  Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari-cari dimana matahari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah...

p/s:next novel "usai aku terima nikahnya & pilihan mama - penulis yang sama (ini adalah terapi jiwa dan hati saya)

34 comments:

  1. Replies
    1. Aha...novel cinta dan pengorbanan...best ever...

      Delete
  2. best gak citer ni azie, ni azie review or sinopsis dia ni, hidup..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trah memang best..bukan agak lagi dahh...azie dah ulang 2 kali..sebab baru beli..hehhe

      yang nie review trah !after azie baca...

      Delete
  3. memang best novel ni.. i likeeeee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kan...i likeee too moreee...hehehe

      Delete
  4. buat drama laa, sebab saye tak minat baca novel :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau buat drama confirm best nie...sebab baca pun dah kesyiokkk...hehehe

      Delete
  5. Salam.

    Lana rasa..lana dah terjebak jugak dgn novel2 cinta.

    Ni semua krna azie la ni (-_-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      hahaha...welcome to the club lana...
      baca novel atau buku apa pun best !janji ada minat membaca...ahaks

      Delete
  6. cam best jer buku ni dan macam nak kena rembat jer kat book store... ekekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius farah...novel nie memang awesome..x menyesal membeli dan membaca...high recommendation !

      Delete
  7. salam azie :)

    sian kan bila dipaksa dan terpaksa..sampai merelakan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ayie...
      wpun mcm tu....diakhirnya gembira dan bahagia...hehehe...wpun merelakan...

      Delete
    2. ayie suka happy ending mcm tu...wlu apa yg berlaku mereka tetap bertaut jua..cewahh..

      Delete
    3. harusss ayie ! bahagianya bila cinta itu dibalas dengan cinta...tidakkah ia manis dirasa..ahaks

      Delete
  8. Rasa macam nak baca novel balik la... lame dah tak bace. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suke baca novel jugak ker...layan eh !hahaha...baca jgn x baca...best kuttt...

      Delete
  9. mcm best. ternanti2kan keluarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. iman dah keluar dah pada tahun lepas , azie dah baca 2 kali dah...memang best siap ada sambunga raya lagi...memang heaven !

      Delete
  10. Nasib x suke baca novel hehe kalau x, bile dh bace review mesti nk cari terus =D

    Cantik sungguh irma =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....memang pun kalau kita dah mula baca review atau baca sekerat memang akan beli punya lah..itu lah yang terjadi pada azie anis...sib baik best sangat !hehehe

      Delete
  11. anak saya gemar membaca novel..pantang namapk novel dia minta agar dibelikan dan mulalah khyusuk membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow ! anak etuza suka baca eh ! bole lah genng dengan azie , azie memang pengumpul novel..memang akan khusyuk ! x leh tinggal punya..

      Delete
  12. aku susah nak adaptasi bila baca novel.. bila tengok drama bru dpt adaptasi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kelakar lah rahmad nie , azie suka membaca dari adaptasi...

      Delete
  13. Replies
    1. terima kasih ! dah selamat dah pun sekarang next novel pulak...memang awesome ! tenang jer membaca...

      Delete
  14. azie, bila nk publish novel sendiri? hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa......mcm mana nak buat ! azie mana tahu mengayat nie...kira2 tahu lah...hahaha

      Delete
  15. Elie baca novel time ada mood je. kalau tak, memang tak sentuh lah. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ada mood and citer tu mesti best serta menarik perhatian kan..kalau tak...confirm tak baca punya...sama lah sy elie...

      Delete