Thursday, June 13, 2013

Sticky Love Note 4

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA-Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA-Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

KETIGA- Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT- Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA - Apabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM-Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH- Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN - Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN -  Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH - Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS -  Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS -  Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS - Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS -  Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS - Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS -  Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS -
 Berpeganglah kepada tiga R:
 1. Rasa hormat pada diri sendiri;
 2. Rasa hormat kepada orang lain;
 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS - Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS -  Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH -  Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU -  Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


Jazakallahu Khairan Kathira

13 comments:

  1. Assalamualaikum azie.

    Point no 11 tu, teringat drama korea, iljimae..sabo jela lana ni kan zie,hehehee. Dalam citer tu, ada family, ibu, bapa, anak laki (abg) n adik (pompuan).

    Ibu, bapak n abg, perangai diorg bertiga, cam ape je. Adik mompuan ni mmg lain dari diorg, baik lembut..hehehe

    Peribadi takda kaitan dgn genetik. Kita yg pilih nak perangai mcmna..hik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat lagi tu bg contoh iljimae, hukk...

      Delete
    2. hehehe itu lah pasal ! layan kan ajer caliph!lana nie baik budak nya...muehahahaha..

      lana kita geng kan...kan..kan...ke3

      Delete
  2. Semua like, first2 nk Kasi ranking mne yg plg dsukai, tp semua point betul, yg kena brg idung pn ada,,haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke3...kantoi ! kene kat btg idung trah ! kira okey lah kan...janji kita sama2 tau eh!

      Delete
  3. assalamualaikum...azie :)

    menariknya point2 dlm entry azie nih...ayie suka entry mcm nih...memang leka baca...

    entry mcm ni sayang klu x disimpan takut nanti lupa..

    klu ayie ambil buat entry bole tak azie? weeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ayie :D
      aha menarik sangat !
      bole apa salah nyew ! nak share ker nak apa ker? buat lah ayie !hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. byk the malay ! mungkin membantu...hehehe

      Delete
  5. menarik perkongsian azie ni. I like them all :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks puteri ! memang menarik ! me too like them at all..kekeke

      Delete