Saturday, July 6, 2013

Law Kana Bainana Full Song with Lyrics Arab

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 




Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


18 comments:

  1. assalam,

    bunda suke lagu2 macam ni...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..azie :)

    ayie dulu pernah dengar lagu law kana ni sampai berpuluh2 kali...hehe

    kat blog pun sampai 2 kali ayie buat entry lagu ni dulu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ayie :D
      oh serius ! omg !bagus lah kalau mcm tu..
      haaa...ada eh ! kenapa azie tak tahu pun...di mana entry nya tu?

      Delete
  3. lagu-lagu sebegini memang sesuai untuk didengari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Puteri,
      memang pun puteri siap bole belajar bahasa arab lagi...hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. memang best ! azie try dengar mula2...memang suka...ahaks

      Delete
  5. salam azie....

    damai je dgr lagu nih..berpuluh2 kali dgr..ada kenangan yg sgt manis dgn lagu nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam K.Wirda,

      aha memang mendamaikan...serius ada kenangan dengan lagu nie...fuhhh! dasat dah tu...mesti yang manis ya...

      Delete
  6. Salam.

    Tenang.. :)

    Azie..selamat berpuasa sayang.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Lana syg,

      Sangat tenang lana...

      Lana terima kasih...selamat berpuasa jugak untuk lana..maapkan azie sekira nya ada terkasar bahasa..muahh !

      Delete
    2. ehh, x aci laa lana pggil awk sayang.. x pggil sy pun cmtu, hukk.. *lana, sila jgn babap sy ok ^^

      Delete
    3. Hahaha...caliph..awk kene tanya lana...*kalau lana tak babap...saya bole tolongkan...wawawawa

      Delete
  7. kerap jgak dgr lagu ni wktu tonton tanyalah ustaz ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouchhhh...bagus2...kiranya memang ada lah eh...patut lah glamores jer lagu nie....ahaks

      Delete
  8. Tenang je dengar. :) & menginsafkan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya aida ...tenang sangat....tapi suke muzik dan lirik nya...wpun bahasa arab...memang best....weeee

      Delete