Thursday, April 12, 2012

Profesor dengan Pengayuh Sampan

Salam Blogger , 


Anda pernah dengar cerita seorang professor dengan pengayuh sampan? Suatu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah sungai, profesor bertanya, "Kamu pandai menulis dan membaca?"


"Tidak. Saya buta huruf,"jawab pendayung sampan.


"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."


Sampan bergerak pelahan. Tak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"


"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan," jawap pendayung sampan lagi.


"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."


Sampan terus bergerak.Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Kali ini pendayung sampan bertanya kepada profesor, "Tuan , adakah tuan pandai berenang?"


"Eh...eh...saya tidak tahu," jawab profesor dengan nada panik.


"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"


Pengajaran:-Cerita tadi menunjukkan betapa setiap orang mempunyai kebijaksaan masing-masing. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, pengayuh sampan pandai berenang. Sebaliknya, profesor yang mampu menulis dan membaca tidak pandai berenang. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.


Jadi dengan kebijaksaan masing-masing manusia boleh mencapai kejayaannya.Malangnya, ramai yang belum mengetahui apakah kelebihan atau keunikan diri masing-masing.


Salam Jumaat.

2 comments:

  1. macam azie sendiri...selain bijak dlm kerjaya banking...pastinya azie bijak dlm bidang masakan juga kan?

    terer buat nasik lemak yg sedap kan?...hehehe...weeeeehhuuuu...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..eh !!!jangan kata begitu ayie...masih ada
      kelemahannya jugak...tak sempurna mananyer pun..

      tapi semua tu boleh di pelajari !!

      alamak nasi lemak...ermm..terbaik !!

      ader benda lain lagi yg azie teror , nanti
      azie update ya..weee..=)

      Delete